Minta izin : Didik anak sampaikan dengan cara berhemah

Komunikasi yang efektif sangat penting dalam perhubungan antara ibubapa dan anak. Ia menentukan sejauh mana mesej berkaitan kehendak anak-anak disampaikan kepada ibubapa. Sebagai individu paling rapat, ibubapa memainkan peranan bagi mendidik anak-anak mempraktikkan pendekatan yang bertanggungjawab dan dengan penuh rasa hormat.

Salah satu waktu yang amat memerlukan seni berkomunikasi adalah ketika meminta keizinan terhadap sesuatu yang mereka mahukan. Sebagai contoh, anak berhajat menyertai acara anjuran sekolah atau program umum seperti bersukan, kem dan bengkel.

Beberapa point penting berikut boleh dijadikan panduan buat anak-anak ketika mereka meminta izin dalam konteks penglibatan terhadap aktiviti yang besar dan bersifat terbuka.

  1. Kenalpasti secara spesifik dan jelas tentang kemahuan dirinya yang sebenar.
  2. Faham mengapa mereka perlukannya/ perlu sertainya.
  3. Apa kebaikannya buat diri sendiri dan ibubapa.
  4. Adakah perkara itu selari dengan harapan ibubapa kepada mereka.

Apabila anak-anak memahami konsep yang perlu ditekankan ketika meminta izin, proses akan jadi lebih mudah. Mereka akan menyampaikan dengan lebih yakin dan teratur. Sesuatu yang disampaikan dengan baik, akan mengundang respon yang baik akhirnya.

Kaedah ini juga boleh diamalkan dalam urusan seharian anak-anak berkenaan permintaan-permintaan yang kecil. Dan ia tidak tertakluk kepada anak kecil sahaja, malah orang dewasa turut penting untuk memahaminya.

#yeskl
#yesaskingpermission
#yesmohonizin

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *