Minta izin: Bila waktu yang perlu?

Dalam era yang serba mencabar hari ini, seringkali ditimbulkan isu anak-anak yang kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya besar dan berpanjangan sehingga anak-anak itu dewasa kelak. Lantas mempengaruhi gaya dan nilai hidup mereka.

Salah satu nilai murni yang penting adalah menghormati hak dan kepentingan orang lain. Rasa hormat boleh dizahirkan dengan cara meminta keizinan sebelum melepasi ruang peribadi atau menggunakan barang-barang yang bukan milik diri sendiri. Adalah penting untuk anak-anak fahami bahawa setiap apa yang wujud, pasti ada tuannya.
Bagi anak kecil, latihan meminta izin boleh bermula dari rumah melalui aktiviti yang biasa dilakukan sehari-hari seperti ketika;

  1. Memasuki bilik ibubapa/ adik beradik berlainan jantina.
  2. Keluar bermain di taman.
  3. Menonton rancangan kegemaran di televisyen.
  4. Menggunakan telefon atau komputer.
  5. Mahu makan atau minum.
  6. Meminjam barang milik ibubapa atau adik beradik.

Didik anak tentang caranya bermula dengan mengetuk pintu, memberi salam, mengucapkan “izinkan saya..” dan nyatakan kemahuan mereka. Pada peringkat awal, mungkin mereka sentiasa perlu diingatkan untuk meminta izin. Ibubapa boleh mengulang-ulang skrip setiap kali situasi berlaku sehingga mereka terbiasa.

Malah ibubapa sendiri perlu mempraktikannya terlebih dahulu. Anak-anak lebih mendengar bahasa perbuatan berbanding arahan. Dengan meminta izin, anak-anak akan lebih berhati-hati selain membentuk rasa bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

#yeskl
#yesaskingpermission
#yesmohonizin

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *